Assalamualaikum. Bonsoir.
setiap orang mesti ada halwa telinga kesukaan masing-masing kan? bak kata orang putih, favourite songs. selalunya apa yang aku dengar tak sama dengan apa yang orang lain suka. ada yang suka lagu-lagu zaman millenium macam Justin Bieber, Bruno Mars, One Direction dan lain-lain lagi. yup! aku pun suka jugak tapi aku lagu suka lagu yang sentiasa aku nyanyi dekat mana-mana pun.
ada yang kata aku punya favourite songs macam taste orang tua. lantak korang laa. masing-masing ada citarasa sendiri kan? melalui pemilihan favourite songs ni, kita dapat tau orang tu macam mana. dalam erti kata lain, characteristics.
actually, aku lagi suka lagu lama-lama. ala-ala era 60an, 70an dan 80an. zaman yang aku belum tercipta dekat dunia ni lagi. zaman nenek aku muda remaja dan bergetah lagi bak kata orang. kat bawah ni top 4 yang aku suka. nak tambah lagi sorang nak jadikan top 5 kena fikir betul-betul dulu.
siapa minat dorang sila angkat tangan. jangan malu jangan segan. tapi make sure korang pakai deodorant dulu. kang ada jugak orang sebelah muntah.
Frank Sinatra
- Fly Me To The Moon
- My Way
- My Way
Neil Sedaka
- Oh! Carol
- You Mean Everything To Me
Lionel Richie
- Hello
- Endless Love
P.Ramlee
- Getaran Jiwa
- Jeritan Batinku
P.Ramlee adalah satu-satunya penyanyi Melayu yang aku suka. filem arahan P.Ramlee kebanyakannya laku sampai sekarang. tak muak tengok. tak lapuk dek zaman. semiman paling berharga yang kita ada. malangnya dulu orang tak hargai dia. tapi takpelah. boleh sedekahkan Al-Fatihah untuknya. good job P.Ramlee.
Okay, sampai sini saja nak kongsi.
Bonne Soiree Mes Amis. Au Revoir. Assalamualaikum.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment