Thursday, January 17, 2013

kala terakhir


Bonsoir mes amis. Assalamualaikum.
selama seminggu setengah dalam keadaan berjaga-jaga kerana final exam, akhirnya habis jugak. rasa macam nak bakar bunga api je masa habis exam hari selasa hari tu. seronok betul. keluar je exam hall, aku terus call Fari. bila dia cakap 'Hello.' je aku dah jerit, 'YEAAYYY!! Dah habis exam!" dengan penuh bersemangat dan gembiranya, macam hari selasa tu hari raya Aidilfitri pulak.




keluar je exam hall semua tersenyum. boleh jawab lah tu kot. Alhamdulillah. aku exam dekat Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam. pelajar UiTM Shah Alam confirm tau punya location tempat ni. kalau tak tau, pergi hantuk kepala kat dinding. oh ya, exam dekat Dewan Sri Budiman best. aku dapat duduk dekat tepi sekali, dan tak sesejuk macam Dewan Annexe. nasib baik masa exam kat Dewan Annexe aku bawak sweater. kalau tak confirm menggigil macam budak sebelah aku masa tu.


lepas dah keluar exam hall hari selasa tu, kitorang beramai-ramai terus naik bas RapidKL pergi Seksyen 2, naik lagi bas pergi Kompleks PKNS. then jalan kaki sampai Plaza Alam Sentral (PAS). masa sampai PAS tu aku dah lapar sesangat. nasib baik classmate pun nak makan jugak. aku takde selera sebab exam. nervous sangat kot. tapi tengok Fari macam biasa je selera makan dia, walaupun dia exam sama minggu dengan aku. maybe dia seronok sebab dah final exam.


hari last final exam tu, harijadi Siti Fatimah. classmate aku. yang bebudak lain dah ready nak buat surprise untuk dia. siap psycho lagi before masuk exam hall. sampai menangis Siti Fatimah. at first aku tengok je sebab tak tau yang dorang nak prank Siti Fatimah ni. bila dah tau tergelak-gelak aku. hebat classmate aku ni. siap beli cake apa semua. lepas dah makan kitorang pergi main bowling.






 my brothers and sisters

sorry, muka tak fresh sangat sebab tak cukup tidur. hehe.


walaupun kitorang just main 1 game je, tapi keseronokan main tu best sangat. cuba teka, siapa champion main bowling? aku laa siapa lagi. nasib je tu. bukan hebat mana pun. main saje-saje je. bila ada yang dapat STRIKE atau SPARE memang meriah. semua bersorak. dah macam ada bowling tournament pulak kat situ. bila dah habis main, pergi dinner dekat Seksyen 2 dan itulah kali terakhir untuk sem ni kitorang keluar ramai-ramai.


kami tak sehebat mana. tapi kalau nak lawan,
kami akan main sungguh-sungguh.


kini, aku masih di Shah Alam. bila tengok kawan-kawan update status 'HOME SWEET HOME' aku jadi jealous. eh apa aku merepek ni. macam laa rumah aku jauh sangat. KL je pun. dari UiTM Shah Alam nak balik rumah sejam je nak sampai. aku duduk lama sikit kat sini sebab nak tunggu kot-kot classmate takde transport nak pergi Bus Station or KTM Padang Jawa. tak sampai hati pulak nak tengok dorang naik cab. dah laa mahal kalau naik cab.


kalau ada macam ni kat Malaysia memang ternganga semua orang.


mostly housemate aku dah final sem. next sem berjumpalah dengan muka baru. aku dah naik pangkat jadi senior pulak dalam rumah ni. masuk sem depan dah setahun aku duduk rumah sewa dekat Seksyen 7 ni. oh cepatnya masa berlalu. best sangat duduk shah alam ni walaupun tempatnya ibarat bandar mati selepas pukul 9 malam. bas dan cab susah sangat nak jumpa lepas pukul 10 malam. sampai sini sahaja yang boleh aku share. sekian, terima kasih. Au Revoir.

2 comments:

aishah zawani said...

amboiiii, seram betul. hehe. ape pun congrate sudah hbs exam. :) moga mendpat result gempak2. Alhamdulillah.

affan said...

merci beaucoup :) you too.. semoga success selalu :)