Thursday, January 10, 2013

KAWAN


KAWAN. ya, semua orang ada kawan. siapa kat sini yang nak mengaku dia takde kawan? CEPAT CEPAT. masa diberi hanya lima saat untuk mengaku. jerit kuat-kuat "AKU TAKDE KAWAN!" dan lepas tu bertenang, senyum dan teruskan membaca.


okay, dari kita baby kita dah ada kawan. tak kisahlah kalau kau rasa sesiapa pun kawan kau masa tu. teddy bear ke, parent ke, botol susu ke. masa tu kau tau nangis je pun bukan tau berfikir sangat. yang kau tau nangis nak susu atau nangis sebab pampers dah basah.





bila dah besar (bukan badan besar macam tong dram), baru kita tau apa itu KAWAN. tak kiralah kawan baru, kawan lama, kawan biasa, kawan karib, kawan yang dijadikan musuh separuh masa atau sepenuh masa dan sebagainya. setiap orang mesti nak dapat kawan karib yang betul-betul faham akan diri kita, tolong bila ada masalah, tak berkira, tak rendahkan kita dan macam-macam lagi laa. dalam erti kata lain, PERFECT. tapi masalahnya, pernah tak kita dapat kawan yang ada ciri-ciri macam tu? aku rasa takde kot. kalau ada pun mungkin ada ciri-ciri yang korang tak berapa nak berkenan dengan dia. well, nobody's perfect right?




okay, orang selalu cakap bila berkawan hati-hati. takut tersalah pilih kawan. setakat ni aku tak rasa aku tersalah pilih kawan. yelah, selagi aku rasa diri aku manusia yang tau baik dan buruk selagi tu aku tak rasa tersalah pilih. jangan salahkan kawan kalau perangai kita teruk. salahkan diri sendiri. ada otak, ada akal, GUNA. kalau rasa kawan kita tu teruk, ubah atau nasihat dia. kalau tak makan saman, tinggalkan dia. bukan  sebab apa, takut satu hari nanti kita terikut perangai dia.


MUSUH dalam SELIMUT. ini paling bahaya dan takde kena mengena dengan pemikiran kanak-kanak yang musuh menyorok dalam selimut. hati-hati berkawan jangan sampai orang lain perdayakan kita atau TIKAM BELAKANG. kita tak tau siapa yang akan tipu kita. orang selalu cakap, takkan ada kawan sendiri nak tikam belakang kita. okay, kalau kawan sendiri tak tikam belakang kita, kenapa ada kes penipuan MLM laa, sabotaj itu, sabotaj ini. dalam erti kata lain, KAWAN makan KAWAN. tepuk dahi kuat-kuat, tanya diri sendiri sakit ke tak.


banyak lagi perumpamaan, tapi malas laa nak mention satu-satu. kang kata aku buat sesi mengajar bahasa Melayu pulak kat sini. okay, sampai sini sahaja yang dapat aku share. sebab nak baca buku, esok FINAL EXAM paper yang ke-4. wish me luck and good luck kepada sesiapa yang menduduki FINAL EXAM. Au revoir.



2 comments:

aishah zawani said...

good luck.! klu tak ingat, tepuk dahi kuat-kuat, insyaAllah ingat. (Y) hehe

affan said...

baik baik. hahaha :D