Tuesday, January 8, 2013

FINAL EXAM!


PEPERIKSAAN AKHIR atau FINAL EXAM. yup, siapa tak takut bila dengar pasal final exam. dari kita sekolah rendah lagi kita dah lalui masa ni, setiap semester atau akhir tahun. masa yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran dan jantung berdenyut dengan lajunya macam orang tengah main drum.


kalau kat sekolah dulu, peperiksaan pertengahan tahun paling best. sebab nak rebut tempat dalam kelas. siapa dapat nombor satu dalam kelas, siapa yang tercorot, siapa dapat banyak gred A, siapa fail dan macam-macam lagi. bila dapat nombor satu dalam kelas hidung mesti kena kembang sikit. dengan bangganya paksa parent datang sekolah ambil report card. bila dapat yang tercorot, malu nak suruh parent datang ambil. cakap dengan cikgu parent busy tak dapat datang sekolah.




tapi bila masuk universiti, benda ni dah jadi lain. dah takde dah parent nak ambil report card atau datang universiti nak tengok result. semua send thru email je. bila tengok ada subjek bawah gred C mula laa rasa tak sedap badan. bila dapat gred A+ atau Dean's List (DL) mula laa nak tayang kat facebook, twitter atau blog, nak bagi tahu satu dunia yang kita dapat Dean's List. simpan untuk kau sudah laa. tak perlu nak show off tunjuk kat semua orang. statement UMUM takde specific dekat mana-mana individu.


perkara yang berbeza masa final exam ni, masa kat sekolah yang seronoknya kita semua pakai baju seragam sekolah. nampak cantik je dan nampak kemas. bila dekat universiti mula laa kita culture shock tengok macam-macam gaya pakaian pelajarnya. tapi yang penting mesti smart casual. apa smart casual tu? pakaian smart casual mestilah berkolar, berkasut dan berseluar. kalau tak berseluar nanti pengawas peperiksaan halau. confirm dicap sebagai orang gila.




benda yang paling penting masa nak masuk dewan atau kelas untuk final exam kat sekolah dulu kita just bawa pen, pensel, pembaris, pemadam dengan sharpener je. tapi bila kat universiti, benda yang kena bawa masa masuk dewan macam pen, pensel, pemadam dan kena bawa sekali slip peperiksaan dengan kad matrik. handphone kena buat silent mode atau off terus dan letak dekat lantai bersama-sama dengan pencil chase.




benda paling lawak yang aku nak share dengan korang masa final exam 7 Januari 2013 atau semalam, ada kawan aku sorang ni nama dia Bo (bukan nama sebenar), dia terlupa nak off phone. dia buat silent mode je. dengan penuh rasa berdebar semua pelajar Zon D menjawab soalan dengan penuh debaran. 


akan tetapi, masa semua tengah menjawab soalan dengan penuh ayat yang merewang dekat dalam kepala dengan kadar yang maksimum dan fokusnya, tanpa diduga ... (datang dah ayat dramatik affan) ada bunyi ayam jantan berkokok dengan penuh semangat. dengan pantas aku pandang ke depan. dia terus tekan alarm-stop dekat phone. semua mata memandang, dengan penuh rasa hairan. tanpa segan silu, ada di antara kami ketawa kecil. ikutkan hati nak je berguling-guling atas lantai. tapi apakan daya, tak cukup ruang.


kesimpulannya, jangan lupa off phone atau buat silent mode dan make sure yang kita tak set alarm dekat phone. takut-takut keluar bunyi ayam jantan lagi. sekian, terima kasih.




SELAMAT MAJU JAYA diucapkan kepada
semua PELAJAR yang sedang mengambil FINAL EXAM di IPT.

5 comments:

aishah zawani said...

gabra exam lettew. :)

affan said...

sangat gabra. hahaha :D ketaq lutut ni.

aishah zawani said...

HAHA. selamat bukan alarm "apo kono eh jang" mst lg gelak guling guling. :P

SyaNa_SaN said...

haha... pernah jadi kat saya handphone bunyi alarm clock.. malu kowt... siap kena bebel ngan pengawas exam lagi.. ni kejadian 3-4 tahun dlu la. masa diploma. =)

affan said...

aishah zawani : itu mau guling2 dari depan dewan sampai belakang. hahaha.

syana: oh ya? haha :D next time kena make sure betul2. bila dah bunyi confirm cuak and menggelabah :D