Friday, September 6, 2013

budak LELAKI dan Mainan Episod 2


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Jumaat.
Hi guys! Macam entry yang sebelum ni, aku dah pernah cerita pasal budak Lelaki dan Mainan. So tak perlu laa nak cerita panjang lebar lagi. Untuk entry kali ni, aku nak share dengan you all pasal Eiffel Tower. Rasanya kebanyakan orang dah tau pasal Eiffel Tower. Kalau tak tau, boleh search kat internet and baca. Eiffel Tower ni ada dekat Paris, Perancis. Kalau kat Perancis, dorang panggil 'La Tour Eiffel'.


Actually, aku minat sangat nak pergi Paris. Teringin nak tengok menara tu macam mana, suasana kat sana macam mana. Sebab tu dekat Universiti aku ambil French Language as Third Language. Minat punya pasal. Bahasa Perancis ni ada perkataannya lebih kurang dengan Bahasa Inggeris. So, senang nak faham berbanding Mandarin.


Alhamdulillah, selama 2 semester yang wajib ambil third language ni, aku dapat A untuk French Language. Bukan nak berlagak ke apa. Aku yakin orang lain yang ambil French Language pun boleh dapat A macam aku juga. Usaha kuat sikit. InsyaAllah sem kali ni boleh dapat A lagi, 'kalau' usaha kuat.


Alright, disebabkan minat dengan Eiffel Tower ni, aku ada beli wooden toy dekat bookstore masa awal sem lepas. Sekarang ni baru nak buat. HAHA. Busy punya pasal. Dah stop laa typing, malas pulak nak type ni. Meh kita tengok macam mana aku buat Eiffel Tower.

Eiffel Tower masa tahun 1887-1889

Maka, jadilah ia; Eiffel Tower. Made by Affan.

Oh ya, mama ada suruh buat menara lain pula. Aku cakap tunggu bila aku dapat cari menara kayu lain, and yang paling penting ... kena betul betul free masa tu. Nak buat menara kayu ni macam memancing. Perlukan kesabaran yang tinggi. Kena fokus. Yang susahnya nak buat menara ni, takde instruction. Pepandai kome laa fikir macam mana nak buat. HAHA.

Rasanya ramai juga yang suka dengan Eiffel Tower ni. Kan?
Kalau tak suka pun tak mengapa. Tak paksa. Janji you all happy.
Thanks for reading guys. Au revoir.

Sunday, August 18, 2013

budak LELAKI dan Mainan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hi guys! Untuk entry kali ni aku nak cerita pasal budak lelaki dan mainan. As we all know lah kan, budak lelaki dan mainan tak boleh dipisahkan. Tak percaya cuba tengok adik kita yang kecik lagi tu. Bila berjalan mana-mana mesti nak beli mainan. Kalau takde adik, tengok adik sedara. Kalau takde jugak, pergi rumah jiran korang. Gigih sikit cari budak lelaki sampai dapat. HAHA.


Apa yang pernah aku dengar, budak-budak yang main mainan ni akan ada imaginasi yang tinggi berbanding budak yang duduk senyap je dekat satu sudut. Tak percaya, cuba korang kaji sikit budak-budak ni. Oh ya, patut laa imaginasi aku tinggi, banyak main permainan masa kecik dulu. Ada laa someone tu cakap aku ni imaginasi tinggi. Suka daydream katanya. HAHA.


Alright, dua hari lepas aku pergi Jusco AEON AU2 dengan Kacang. Actually kitorang nak pergi Kg. Baru, pergi makan ais kepal. Tapi tutup pulak kedai tu. Owner kedai masih beraya. HAHA. Then kami pergi laa Old Town dekat Jusco. Saje nak minum-minum. Dah takde tempat lain terasa nak pergi. You all nak tau Kacang tu mana satu orangnya?


ya, inilah dia makhluk tuhan yang bernama Sharul Nizam
atau lebih dikenali sebagai Kacang.
p/s: he's still single. PM me if you're interested.


Alright, dah lepas minum-minum, cerita panjang berjela sampai keluar nama orang tu, macam dah jadi topik utama perbualan setiap masa, kami pun masuk dalam Jusco nak tengok apa yang menarik. Tengok-tengok ada orang jual toys. Yang paling menarik ada mainan yang kena pasang macam LEGO tu. Masa aku tengok tu dah macam hilang pedoman sikit. Terasa nak beli semua je. You all boleh tengok muka excited aku.


Cuba tengok akak sebelah tu tergelak dengar aku bercakap.

2 orang promoter kat tempat ni best.
Boleh pulak layan kerenah aku. Nasib laa. HAHA.


Aku pun beli laa 3 model Avengers. Tapi yang best model ni kena pasang sendiri. Bukan dah siap pasang. Haa.. lagi laa aku suka. Bila dah tengah malam baru aku pasang. Nak cari ketenangan orang kata. HAHA. Maka, siaplah tengah malam tu jugak. Mesti you all nak tengok kan. Okay, nikmatilah gambar keriangan berganda kat bawah ni.



Captain 'A' : Captain Affan


Ironman


Incredible Hulk


MAKA ... JADILAH MEREKA ...


The Avengers


Cantik kan? HAHA. Tunggu laa nanti aku nak kumpul lagi. Tak rugi pun beli. Satu hari nanti kalau ada anak, merasa jugak laa dorang ada mainan. InsyaAllah kalau ada rezeki ye dak? Kalau orang lelaki beli mainan, jangan cakap mereka masih ada sifat kebudak-budakan. Sebab, ada di antara mereka yang suka buat koleksi sebagai minat atau hobi. Kalau sesiapa yang belajar psychology, mesti tau yang kehidupan kita sebagai manusia akan ada sifat kebudak-budakan sampai kita tua atau akhir hayat.

Oh ya, you all ingat lagi pasal Ms F?
Dia pun suka jugak robot-robot ni. Nanti laa belikan dia satu.
Mesti dia suka. HAHA.
Thanks for reading guys. Au revoir.

Tuesday, August 13, 2013

INI KISAH AFFAN: 1 Syawal, 1434 Hijrah.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hi guys! As we all know, bagi yang Muslim baru sahaja menyambut Aidilfitri pada hari khamis yang lepas. So, macam mana dengan Aidilfitri you all? Best dapat beraya dekat kampung? Makan nasi impit, ketupat, lemang, rendang ayam, kuih raya, dodol.. Pergh! Macam-macam laa. HAHA. Tahniah kepada sesiapa yang meraikan Aidilfitri dengan meriah tetapi bersifat sederhana.


Tahun ni merupakan pengalaman kedua aku beraya dekat KL. Bukan Kuala Lipis ya, tapi Kuala Lumpur. Apa yang menarik tahun ni berbanding tahun 2011 masa first time aku beraya dulu, tahun ni ramai orang beraya kat KL. Macam tak ramai yang balik kampung masa raya pertama. Maybe ramai yang tak dapat cuti atau tak suka highway jam macam sebelum-sebelum ni.


Alright, untuk entry kali ni, aku nak membebel panjang sikit. Kalau nak baca sila teruskan, kalau terasa malas nak baca, tutup laptop letak dalam almari sampai labah-labah buat sarang. HAHA. Baiklah, mari kita mulakan sesi penceritaan Aidilfitri tahun ini.


PAGI: Bila pergi masjid masa raya pertama, terpacul keluar perkataan "Fuiyooo!", tak sangka ramai pulak orang beraya kat sini. And.. and.. first time aku belajar bayar zakat. Selalu ayah yang bayarkan. Tahun ni aku nak try belajar macam mana cara-cara nak bayar zakat. HAHA.


Alright, aku pergi masjid dengan Kacang and Mirul, adik sedara dia. Duduk dalam masjid seronok bila dapat takbir raya ramai-ramai. Masa bertakbir tu, aku rasa kat area aku, suara aku dengan kacang paling kuat. Excited kot sampai abang sebelah aku dah tengok aku senyum-senyum lagi. HAHA. Tak payah nak cerita panjang lebar, moh kita layan gambar-gambar masa raya pertama.


 Masjid Al-Ansar, Taman Keramat

Dari kiri: Kacang, Affan, Adam, Aie
p/s: Kepada sesiapa yang rapat dengan aku,
mesti tau yang susah sangat nak tengok aku bersongkok.


Gambar kat atas ni masa pergi masjid. Sempat lagi bergambar masa baru sampai and nak balik. Pantang jumpa kamera katakan. Walaupun snap pakai phone je. Handsome boy kan kami? Oh, tak perlu jawab cause I don't need your answer guys. HAHA. Masa ni ayah Adam pun ada sekali. Sporting juga ayah dia. Thumbs up pak cik. Bila dah sampai rumah, makan lagi. Makan je. Tapi tak gemuk pun. Makin berisi adalah. Tu pun sikit je rasa effect-nya.


PETANG: Yes! Kita masuk sesi petang pula. Ini yang buat senyuman aku tak lekang sampai raya ketiga ni. HAHA. Nak tau sebab apa? Sebabnya, ada kawan jemput datang beraya sekali dekat Putra Heights, Subang Jaya. Mula-mula ingatkan dia main-main, rupanya serius. HAHA. Aku pun terus call Kacang tanya boleh keluar ke tak sebab nak ajak teman pergi sana. Before pergi dah tengok map kat google siap-siap dah. Ala, Subang Jaya je pun. Senang.


For the first time aku beraya dengan kawan perempuan masa raya pertama. Selalunya dengan kawan lelaki. Yang best-nya, aku tak sesat nak pergi Putra Heights tu. Tapi tanya jugak laa dekat gas station kat Subang Jaya. Takut terlajak masuk Puchong je. Dengan menggunakan  kepakaran sixth sense dan instinct yang kuat dalam diri yang wujud tanpa aku sedari, kitorang sampai juga dengan jayanya. Bila dah sampai je, aku terus call Fari cakap dah sampai. Jantung masa tu, dup dap dup dap dengan lajunya. Lari habis tempo heartbeat. Bila dah berdiri dekat pagar rumah, aku ternampak Fari dekat depan pintu tunggu aku dengan Kacang. And.. and.. wahai Fari,




Itu yang terpacul dalam hati bila ternampak dia dekat depan pintu. HAHA. Cantik sangat. Family dia pun tersangatlah okay, sedara-mara dia pun okay. Hebat layanan yang diberikan, kami dilayan seperti ahli keluarga. Terharu sangat. Terima kasih semua. Bila tengok orang tua bersembang and gelak-gelak, masa tu laa tetiba aku teringat family dekat Melaka. Kemeriahannya hampir sama.


Kami sampai dekat Putra Heights dalam pukul 4pm dan balik KL dalam pukul 6pm. Tak sedar pula lama juga kami duduk dekat sana. Actually nak tunggu abah Fari balik. Nak jumpa juga abahnya. Sebab susah nak jumpa dah lepas ni. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah, akan berjumpa lagi. To Puan Norlida, terima kasih kerana menjemput kami dan atas layanan yang telah diberikan.





Kenapa laa dak Kacang ni tinggi sangat.
Semoga berjumpa lagi Fari dan Puan Norlida.


Ada sedikit persamaan atau 'kebetulan' antara aku dengan Fari, kami beraya di negeri yang sama dari tahun 2010. HAHA. Tahun 2010 di Perak, 2011 di Selangor, 2012 di Perak dan 2013 di Selangor, bersama-sama. 


Sekian sahaja celoteh untuk entry kali ni.
Sebab mata dah terasa berat nak menaip panjang-panjang.
Thanks for reading. Au revoir.

Saturday, August 10, 2013

Ceritera Basi 3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk Ceritera Basi 3 ni, aku nak share sikit apa yang 'kawan' aku post kat aku last two months. Serious terharu sangat-sangat. Terima kasih daun keladi, semoga kita berjumpa lagi. Chewahh! Beli dekat Sabah, tapi posted dari Perak. Itu namanya 'From Sabah with ....' HAHA. Okay Affan, itu over. Nak tau siapa bagi? Malas nak cerita panjang. Baca je dekat SINI.


 T-shirt 'I ❤ KK'

Nice keychains


Okay, ni nak untuk entry kali ni, aku malas nak terang panjang lebar. Sebab kepala tengah pening tak boleh fikir. Maklum laa, jadi burung hantu malam tadi. Orang KL sibuk tidur pukul 2 pagi, aku keluar dengan kawan  pergi makan dekat McD Setiawangsa. Kawan tu baru terjaga dari tidur, lapar. Aku pula tak tidur lagi, lapar juga. Maka berangkatlah aku ambil dia dekat rumah.


Mula-mula decide nak pergi makan kat Restoran Ar-Riyad, dekat tepi padang bola Setiawangsa tu. Siapa orang Setiawangsa / Taman Keramat tau laa dekat mana tempatnya. Tengok-tengok tutup pulak. Aik, mamak pun beraya lama juga ke. Awat lama sangat ceq oi beraya. HAHA.


Maka, kami ambil keputusan secara drastik, makan kat McD Setiawangsa. Actually, 2 tempat yang aku sebut tu depan rumah aku je. Jalan kaki pun boleh. Best malam tadi, bersembang je kat McD tu. Balik pukul 4.45 pagi lepas pusing pusing sampai Wangsa Walk. Jangan fikir aku or budak KL lain teruk sebab suka keluar tengah malam. Anda try duduk dulu area kami dan anda akan rasa macam best nak keluar malam kat sini. Sebab area sini selamat, terang and banyak kedai buka even tengah malam pun.


Bila dah sampai rumah, aku pergi lepak dengan uncle cina yang bertugas. Dia anggota RELA. Pelik juga masa nak keluar rumah mula-mula tu. Dalam hati, "Apa ada RELA buat depan rumah aku ni?" Dah terasa macam VVIP dah depan rumah ada RELA duduk bertugas. Cerita panjang berjela, gelak-gelak sikit. Aku pun cakap nak masuk rumah. Takut mama bising. HAHA.


Alright, for those yang tak makan lagi Samurai Burger, pergi laa McD. Sedap juga burger tu. Ni bukan promote ya, ni sembang kosong namanya. Nak ajak aku makan sekali pun boleh, just call me. Jumpa di McD Setiawangsa nanti. HAHA.


Selamat menjamu selera kepada semua.
Doa makan jangan lupa baca. Kalau tak siapa kongsi dengan kita?
Tak tau? Pi buka buku Pendidikan Islam ceq.. HAHA.
Thanks for reading. Au revoir.

Monday, July 29, 2013

Siapa suka INI?


Assalamualaikum and Salam Sejahtera.
Morning fellas! Y'all dah sahur ke belum? Mari bersahur kalau belum. Belum imsak lagi. Dont worry. Btw, ada orang tengah buat nescafe. HAHA. Siapa? You know who lah kan, siapa lagi yang suka minum nescafe. Kalau tak tau, don't worry. Takde hadiah langsung untuk yang tau. HAHA. Tapi jangan kerap minum ya Ms F, nanti boleh pening kepala. Selamat bekerja ya.


Low Fat (Rendah Lemak), untuk sesiapa yang takut GEMUK.
Je préfère moka saveur (I prefer mocha flavour)


Rasa macam segar gila kalau dapat minum masa berbuka puasa. Macam baru lepas mandi kat air terjun. Siapa yang melihat pasti terliur. Okay, itu over Affan. HAHA. Bila tengok lama-lama Nescafe ni teringat pulak yang aku ada masuk Nescafe 'On The Life' contest last year. Dapat jadi Top 20 Finalist pun okay what. Aku masuk pun saje saje je pada mulanya. Masuk pun masa last day tarikh dah nak tutup. HAHA. Rezeki betul.


Alright, yang susahnya contest ni sebelum dapat jadi Top 20 Finalist, kena masukkan gambar, and kena link dengan caption yang Nescafe dah bagi. Kalau judge rasa kita layak, baru jadi Top 20 Finalist. Bila dah jadi Top 20, kena beli nescafe banyak banyak and ambil code bawah tin, baru boleh vote. 5 votes per code. Gigih laa aku beli nescafe. Hantu betul. Last last tak menang. Bukan rezeki aku jadi Top 3. Tapi, dapat mini chiller okay what. HAHA. Yang buat aku jadi malas, nak kena ambil hadiah tu dekat Solaris Mont Kiara. Tempat tu laa yang dari DUKE Highway boleh nampak signboard SOHO KL. Nasib baik laa rumah aku dekat je dengan Mont Kiara.


  


Ni rezeki  daripada Allah namanya.


So, kat sini aku nak ambil kesempatan mengucapkan selamat bersahur dan selamat berpuasa bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Thanks for reading. Au revoir. Salam Ramadan.

Thursday, July 25, 2013

bilik berNYAWA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hello and Hi to all bloggers and silent readers! Lamanya aku tak update blog. HAHA. Macam mana yang berpuasa? Okay tak setakat ni? Semakin sihat kan? Bagus bagus.. Setakat ni dah baru 4 bazar Ramadan aku dah pergi. Ada yang best, and ada yang tak best. Biasalah tu kan, adat duniawi. Bazar mana yang aku pergi?

1. Bazar Taman Keramat AU1
2. Bazar Taman Setiawangsa
3. Bazar Taman Melawati
4. Bazar Wangsa Melawati

Kepada sesiapa yang dah pergi Bazar Taman Setiawangsa mesti dapat tengok kan ada 2 tempat. 1 tempat kat backlane belakang CIMB Bank tu, and 1 lagi dekat tapak Sekinchan Ikan Bakar. Best jugak laa Bazar Taman Setiawangsa ni. Sebab every year confirm ramai orang berniaga and ramai orang datang bazar ni. Lagi pun dekat je dengan rumah aku. 3 minit dah sampai dah. Depan rumah je pun.

STAR: Bazar Taman Setiawangsa
CIRCLE: Bazar Taman Keramat AU1

Bazar Taman Melawati macam jauh sikit dari rumah aku. Saje je pergi sana nak tengok bazarnya macam mana. Bila sampai Bazar Taman Melawati ni, fuiyoooo.. Best best makanan kat sana. Variety betul. Tak macam bazar-bazar yang lain. So, sila laa singgah sana jugak ya kawan-kawan.


Okay, back to the main topic. Bilik bernyawa? Apakah itu? Mesti ada yang tertanya-tanya pasal tu. Kalau tak tertanya-tanya pun, buat -buat tanya jelah. Ini takde kena mengena atau ada hubung kait dengan cerita Monster House ya, rumah yang bernyawa. HAHA.

Cerita ni best. Walaupun kartun, ada unsur seram sikit. HAHA. 

Alright, semalam kan for the first time, kawan-kawan datang melepak bilik aku. Bella pun siap join sama. Memang kecoh habis. Gelak sana, gelak sini. Kenakan orang tu, kenakan orang ni. Actually, aku ajak Kacang dulu datang sebab nak tengokkan pasal laptop, dah tetiba Izzat pulak cakap nak join sekali. Bila dah ramai-ramai mula laa tak ingat dunia. Menyanyi laa. Tangkap gambar laa. Lawak betul.


Kacang paling hebat sebab dia stay sampai sahur. Izzat dah balik dulu. Dia lepak 2 jam je dari pukul 12am. Next time lepak lagi rumah aku. Tunggu aku beli BBQ set kita main bakar-bakar nanti kat atas tu. HAHA. Inilah muka-muka yang buat bilik aku berNYAWA. Maksud bernyawa dekat sini ialah, HIDUP. Jadi, kepada sesiapa yang tak faham lagi, sila ketuk dahi and cakap, "Kenapalah aku slow sangat." HAHA.



Happy Time in Affan's Room
July 25, Ramadan 16, 1.30am.

Kepada sesiapa yang teringin nak merasa lepak sekali, mai mai datang. Kita kasi gegar satu taman. HAHA.
Thanks for reading. Au revoir.

Thursday, July 11, 2013

Mulanya Ramadan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua kawan-kawan yang beragama Islam. Macam mana hari pertama puasa korang semalam? Okay? Rasanya semua excited nak puasa tahun ni. Bila dah sebulan berpuasa, lepas tu raya! HAHA. Pahala yang dibuat masa bulan puasa akan dilipat gandakan. Best kan bulan Ramadan ni. Ada juga yang best masa bulan puasa, petang -petang kita akan nampak ramai orang akan cari makanan sama waktu dengan kita. Hari-hari biasa jarang nak nampak macam tu. Yang paling ketara sekali, malam-malam akan ramai orang datang masjid or surau daripada bulan yang lain. Alhamdulillah.


Okay, buat masa sekarang semua pelajar degree Universiti seluruh Malaysia tengah cuti semester. Best cuti masa bulan Ramadan ni. Teringat pulak masa diploma dulu. Berpuasa dekat hostel. Malam-malam beli nasi  dekat dining hall untuk makan masa sahur. Lauk aku laa paling senang nak order and cari. Simple je. Beli nasi putih, kuah kari or apa-apa kuah, AYAM GORENG, sayur and sos cili. Dah, tu je. Simple ye dak? HAHA.


Bila terkenang kenangan puasa masa kat hostel dulu, teringat pula satu situasi ada siswa tak puasa. Nama confirm lah tak boleh bagi tau. Kalau bagi tau nanti, ada yang kenal pula. Bagi sesiapa yang baca and terasa macam, 'Eh teruknya bebudak Universiti ni. Tak puasa.' Okay macam ni, manusia yang tak berpuasa ni ada dimana-mana. Tak kira laa kat Uni ke, kat Kolej ke, even kat office pun ada. Tepuk dahi lihat sendiri.


Alright, back to the main topic, TAK PUASA. Ada satu hari tu aku baru balik dari kelas. Aku ajak laa sorang classmate aku ni datang rumah aku (hostel versi apartment) sebab nak minta tolong tengokkan printer. Bila naik tangga je, aku dah terbau something. Korang rasa apa? Bau 'MAGGI CURRY' weh. Dalam kepala terfikir, siapa pula masak maggi tengah-tengah hari masa bulan puasa ni. Kuat pulak tu baunya. Bila buka pintu rumah je, alangkah terkejutnya bila ternampak housemate dengan kawan-kawan satu course-nya tengah duduk depan mangkuk yang ada maggi dalam tu.


Tanpa berlengah, dorang terus tutup muka dengan bantal. Ada yang buat-buat tak tau. Ada yang tiba-tiba terus baca buku. Then, aku pun terus masuk bilik tanpa cakap apa-apa. Segan laa jugak. Dah laa bawa kawan datang rumah, lepas tu housemate pulak dengan Maggi Curry-nya. HAHA. Lepas classmate aku dah balik. Mula laa dialog ni,

"Weh, kenapa kau bawa kawan kau datang tak bagi tau? Malu kitorang."
"Kenapa korang makan korang tak cakap awal-awal dengan aku? Padan muka."
Semua terdiam.

Kepada semua yang tengah berpuasa, jangan ponteng or curi-curi makan. Nampak tak elok sangat-sangat. Kalau terasa nak makan juga masa bulan puasa, korang tengok video kat bawah. Insaflah. HAHA.
Thanks for reading. Au revoir.


Sumber: Youtube